Susah betul kalau dah terbiasa menggunakan perisian-perisian yang dikhususkan untuk Microsoft Windows ni. Kadang-kadang bukan kita yang nak sangat menggunakan perisian cetak rompak ni tapi apakan daya dah semua orang termasuk institusi pengajian tinggi di Malaysia sendiri sibuk menggunakan perisian cetak rompak. Jadi dengan adanya perisian PlayOnLinux ini, anda boleh memasang kebanyakan perisian Windows kedalam Linux. Tapi, apa itu PlayOnLinux?




PlayOnLinux is a piece of software which allows you to easily install and use numerous games and apps designed to run with Microsoft® Windows®.
Few games are compatible with GNU/Linux at the moment and it certainly is a factor preventing the migration to this system. PlayOnLinux brings a cost-free, accessible and efficient solution to this problem.


Versi terbaru yang dikeluarkan setakat ini adalah PlayOnLinux 4.0.12 yang memaparkan antaramuka lebih cantik dari versi sebelumnya. Untuk memasang PlayOnLinux dalam Ubuntu anda, anda mempunyai 3 pilihan samada memasang terus dari Ubuntu Software Center, memuat turun package berformat .deb dari laman web pembangun, atau memasang dari kata arahan pada Terminal.





Cara yang saya sarankan adalah memasang melalui kata arahan apda terminal kerana sekiranya anda menggunakan Ubuntu Software Center, versi yang anda akan install secara default adalah versi 3.8 (versi lama). Untuk memasang PlayOnLinux, sila masukkan kata arahan berikut pada terminal anda dan pastikan anda mempunyai sambungan internet.


wget -q "http://deb.playonlinux.com/public.gpg" -O- | sudo apt-key add -
sudo wget http://deb.playonlinux.com/playonlinux_natty.list -O /etc/apt/sources.list.d/playonlinux.list
sudo apt-get update
sudo apt-get install playonlinux

Semasa kali pertama anda melancarkan perisian PlayOnLinux ini, anda berkemungkinan dikehendaki untuk memasang beberapa font Microsoft sebelum anda boleh menggunakan perisian ini. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana perisian ini akan memuat turun font-font tersebut seara automatik.
Sekiranya anda ingin memuat turun package dalam bentuk .deb untuk Ubuntu, anda boleh lawati laman web PlayOnLinux DI SINI.




 **Sekiranya anda telah memasang PlayOnLinux 3.8 melalui Ubuntu Software Center, anda boleh update installation tersebut dengan menggunakan kata arahan seperti di atas dan Ubuntu akan mengemaskini perisian PlayOnLinux anda kepada versi terbaru.