Baiklah ini adalah short post sebelum saya tidur dengan jiwa yang tertekan. Kali ini saya akan menunjukkan cara untuk install kernel baru secara manual menggantikan kernel lama pada sistem operasi Ubuntu 11.10. Tutorial ini juga boleh digunakan untuk memasang kernel 3.1(atau yang lain) kepada sistem operasi Ubuntu yg lain seperti 10.04, 10.10 dan 11.04 dengan syarat anda hendaklah memuat turun terlebih dahulu file kernel yang hendak dipasang.


Anda boleh mendapatkan berbagai jenis kernel Linux untuk Ubuntu dan OS Linux lain disini:



Untuk memasang kernel dengan berjaya anda dikehendaki untuk memuat turun 3 fail wajib dari folder(dari link tadi) iaitu:

1. linux-headers
2. linux-headers-generic
3. linux-image-generic





PERINGATAN: Kernel yang anda muat turun hendaklah bersesuaian dengan architecture OS anda. Sekiranya OS anda ialah Ubuntu 32-bit, sila muat turun file yang terdapat i386 pada hujung nama file. Jika OS anda ialah Ubuntu 64-bit, sila muat turun file yang terdapat amd64 pada hujung nama file. [file linux-headers adalah terkecuali kerana tidak terdapat i386 atau amd64 pada hujung nama file dan anda perlu memuat turun file linux-headers_all tidak kira anda mempunyai OS 32bit mahupun 64bit]. Maka anda sepatutnya memiliki file-file berikut selepas proses muat turun selesai:


Untuk 32-bit:

linux-headers_all.deb
linux-headers-generic_i386.deb
linux-image-generic_i386.deb



Untuk 64-bit:

linux-headers_all.deb
linux-headers-generic_amd64.deb
linux-image-generic_amd64.deb



Untuk memasang kernel tersebut, anda hendaklah ikut langkah dibawah mengikut urutan:

1. tukarkan direktori bekerja anda ke direktori di mana anda menyimpan file-file yang telah di muat turun tadi

$ cd /home/biborn/Downloads

$ sudo dpkg -i nama-penuh-file-linux-headers_all.deb
 
$ sudo dpkg -i nama-penuh-file-linux-headers-generic_amd64.deb

$ sudo dpkg -i nama-penuh-file-linux-image-generic_amd64.deb


Selepas siap memasang kernel tersebut, sila reboot komputer anda dan anda boleh menaipkan kata arahan uname -r pada terminal untuk melihat version kernel yang telah siap dipasang.


gambar sebelum pemasangan kernel 3.1


gambar selepas upgrade kernel


**Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau mendapat output error semasa pemasangan kernel, sila install pakej modul-init-tools 3.13 dan install semula kernel tersebut sekali lagi.