2 3 hari lepas saya dan seorang rakan saya iaitu Syamim yusoff @ Pingu telah menjalankan satu operasi membuka Laptop Acer 4736G beliau kerana beliau mengadu sering didatangi masalah sengal-sengal badan dan laptop beliau sering shutdown secara automatik tanpa mengeluarkan sebarang mesej ralat ataupun skrin biru kematian Blue Screen Of Death (BSOD). Laptop beliau juga sering mengalami masalah prestasi yang ketara di mana beliau tidak dapat bermain game PES 2011 dengan lancar (sentiasa lag memanjang) dan mengeluarkan haba yang amat panas macam nak masak ikan paus goreng tepung.




Setelah membuat sedikit kajian di beberapa forum, saya mengesyaki bahawa terdapat masalah peredaran haba pada chasis laptop beliau yang kemungkinan besar berpunca daripada thermal compound, bilah kipas yang patah, ataupun habuk yang menghalang pintu-pintu keluarnya haba pada ruang ventilation laptop tersebut. Maka dengan itu kami nekad untuk membuka laptop tersebut walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko kehilangan insurans dan warranty kerana kami tidak menggunakan wrist grounding strap yang berfungsi menghalang elektrostatic discharge pada komponen-komponen elektronik laptop. JANGAN TIRU AKSI INI - PINGU ANAK PAILANG YANG KAYA RAYA!





Proses ini mengambil masa yang agak lama kerana kami terpaksa membuka kesemua bahagian dalam laptop termasuk mengasingkan skrin LCD dari CPU. Kenapalah mereka design susah-susah. Nak cuci kipas pon kena bukak semua.
DAN INI DIA HABUK YANG TERKUMPUL!! DAH MACAM SPAN DAH.




Okeh jadi selepas itu tiada lagi masalah berlaku pada laptop beliau. Dan yang paling penting...Burger x sampai lagi ni.. (^_^)