Anda tahu tentang TeamViewer? Mungkin sudah ramai yang tahu akan kewujudan software tersebut tapi berapa ramai pula yang tahu bahawa Teamviewer juga tersedia untuk pengguna sistem operasi sumber terbuka seperti Ubuntu dan bukan terhad untuk pengguna Microsoft Windows sahaja. Kepada yang masih belum kenal apa itu Teamviewer, Teamviewer ialah satu perisian untuk REMOTE CONTROL, FILE TRANSFER, dan PRESENTATION. 

Dengan menggunakan perisian ini anda boleh mengawal sesebuah komputer dari jarak jauh dengan izin pemilik komputer tersebut dan tidak mengira apa jua jenis sistem operasi yang digunakan remote computer tersebut. Dengan adanya Teamviewer ini, kerja-kerja membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah komputer juga bertambah mudah kerana perisian ini tidak memerlukan sambungan internet yang laju, cukuplah sekadar standard connection speed seperti Streamyx 512Kbps.


Selain itu ada juga fungsi lain dalam Teamviewer seperti file transfer dan presentation yang masih belum saya cuba gunakan. Untuk memasang perisian ini, anda hendaklah terlebih dahulu memuat turun package .deb dari laman web pembangun software tersebut dan memilih berdasarkan sistem operasi anda.







Setelah selesai memuat turun perisian tersebut, anda dikehendaki menjalankan kata-kata arahan berikut dari terminal bagi tujuan pemasangan.


cd tempat/package/tersebut

sudo dpkg -i teamviewer_linux.deb





Sekarang anda telah selesai memasang perisian tersebut. Anda boleh mencai perisian tersebut pada Applications >> Internet >> Teamviewer 6. Untuk makluman, pada saat post ini ditulis, perisian Teamviewer yang telah dilancarkan adalah version 6.0.9224.


**Saya tidak pasti tentang ini tapi mungkin teamviewer ini memerlukan perisian Wine untuk dilancarkan walaupun ia bukan dalam bentuk .exe. Saya tidak dapat menguji kebenaran statement ini kerana komputer saya telah dilengkapi dengan Wine dan amat malas untuk uninstall wine semata-mata untuk menguji teamviewer.