Beberapa hari yang lepas, Ubuntu 11.10 atau nama lainnya Oneiric Ocelot telahpun di lepaskan dan kini para pengguna boleh memuat turun keluaran terbaru ini dan mencubanya sendiri beberapa perubahan terbaru yang telah didatangkan bersama. Anda boleh mendapatkan ISO image OS ini dari laman web rasmi iaitu dari Ubuntu Homepage.



Are you sure you want to download? Think twice. Saya telah berjaya memuat turun Ubuntu 11.10 ini dan telah mencubanya sebanyak dua kali. Ya, dua kali. Pertama kali saya install Ubuntu ini, saya telah merasakan seperti ada yang tidak kena dan sempat juga saya mencuba menggunakan Gnome Shell (Gnome 3) dengan memasangnya pada laptop saya. Tujuan saya adalah mengharapkan Ubuntu 11.10 menjadi lebih ringan. (Saya ingat unity yang membuatkan Ubuntu 11.10 menjadi begitu berat) namun saya hampa kerana keputusannya sama. TETAP BERAT DAN PENGGUNAAN RESOURCE YANG MELAMPAU. Saya tidak pasti apakah yang membuatkan masalah ini berlaku dan mengambil keputusan untuk re-install Ubuntu 11.10 sekali lagi untuk memastikan bahawa masalah ini bukan datang dari kesilapan pemasangan. Seperti tadi, keputusan yang sama saya dapati. Sungguh menyedihkan.


Secara jujur, saya tidak ernah menyangka bahawa masalah seperti ini akan terdapat pada distro linux terutamanya Ubuntu kerana kita sudah sedia maklum bahawa Linux adalah OS yang menggunakan resource komputer secara minimum. Namun, Ubuntu 11.10 tidak lagi seperti dulu. Apabila dibandingkan dengan Windows 7 Ultimate, Ubuntu 11.10 jauh lebih berat. SERIUS!!.Dan buat masa ini saya sedang mencari distro lain untuk menggantikan Ubuntu. Selamat Tinggal UBuntu.