Dalam post yang lepas saya ada menyatakan ketidak puas hatian saya terhadap Ubuntu 11.10 yang amat mendatangkan masalah kepada saya dan sejak hari itu saya tercari-cari sistem operasi yang amat sesuai bagi komputer riba saya yang sudah uzur ini (uzur pon stylo bhai~ kui3).Dalam proses pencarian ini saya telah membuat sedikit kajian tentang sistem operasi berasaskan Linux yang boleh saya pandu cuba dahulu sebelum membuat keputusan tentang sistem operasi manakah yang paling sesuai. Dalam tempoh tersebut saya dapati ada beberapa sistem operasi Linux yang boleh saya cuba dalam masa terdekat ini dan antara sistem operasi tersebut adalah Puppy Linux, ArchLinux, dan Tiny Core Linux.



Ketiga-tiga sistem operasi ini terpilih memandangkan ketiga-tiganya menggunaan system resource yang amat rendah dan tidak membebankan komputer lama yang mana kurang berkemampuan. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dari segi Graphical User Interface yang kurang menarik (by default) pada ketiga-tiga sistem operasi ini. Puppy Linux sebagai contoh hanya bersaiz ~120MB pada fail .iso nya dan menampilkan antaramuka yang begitu simple. Walau bagaimanapun, kepantasan responnya adalah amat menakjubkan dan saya boleh melancarkan browser Firefox 5.0.1 dalam kurang dari 1 saat.

*gambar diambil dari forum acrclinux-screenshot by musashi


Arch Linux pula terdapat dalam beberapa image ISO yang boleh dimuat turun dari laman web rasminya. Image ISO ini terdapat beberapa jenis seperti versi core 32 bit, core 64 bit, net install 32 bit, net install 64 bit, core dual architecture, dan net install dual architecture. Kelainan pada Arch Linux berbanding distro Linux lain adalah ianya bersaiz ~350MB untuk single architecture dan ~700MB untuk dual architecture dan masing-masing didatangkan hanya dengan CLI sahaja dan pemasangan Desktop Environment adalah manual dimana kita hendaklah memasang sendiri Desktop Environment pilihan samada Gnome, Xfce, Lxde mahupun Kde atau apa sahaja yang kita mahukan.


*ini bukan Windows 95 ye..ini TCL hehe

Untuk Tiny Core Linux pula, distro ini memang unik dan untuk pengetahuan anda, saiznya adalah kurang dari 12MB. Pada saat entri ini ditulis, TCL sudah mencapai version 4.0.2. dan menggunakan Linux kernel 3.03. TCL adalah amat sukar digunakan bagi mereka yang masih belum mahir dalam sistem operasi Linux dan komponen yang sedia selepas fresh installation adalah amat sedikit dan bleh dikatakan kurang dari basic komponen. Sekiranya ada masa terluang saya akan mencuba distro ini dan membuat sedikit review tentang pengalaman saya menggunakannya.


Setakat ini, itu sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda semua tentang perjalanan saya dalam proses pencarian distro Linux yang bakal menggantikan Ubuntu. Saya akan mengemaskini dari masa ke masa jika ada masa terluang.