Salam semua. Setelah hampir 3 bulan saya meninggalkan aktiviti blogging, akhirnya terbuka hati untuk menaip semula dalam blog tak seberapa ni. Dan post kali ini saya buat setelah saya mengalami beberapa masalah berkenaan Android 2.1 Eclair dalam Sony Ericsson Xperia X8 yang saya telah cuba beberapa minggu lepas.
Xperia X8 datang dengan OS Android 1.6 pada mulanya dan adik saya telah menaiktaraf handphone tersebut kepada Android 2.1 melalui official upgrade yang telah diiktiraf oleh Sony Ericsson. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan pada Android 2.1 apabila dibandingkan dengan Android 2.2 Froyo di mana ia tidak menyokong kemudahan wifi hotspot melalui sambungan ad-hoc komputer ke peranti lain. Ini bermaksud saya tidak boleh menggunakan "internet connection sharing" antara Xperia X8 dan laptop saya apabila saya menggunakan broadband dan ini amat mendukacitakan.
Walaupun saya boleh mengatasi masalah ini dengan menaiktaraf X8 kepada version Android 2.2 dan keatas, ini adalah kurang efektif kerana tidak ada official support oleh Sony Ericsson untuk X8 menggunakan Android 2.2 dan keatas. Adik saya juga telah menggunakan custom ROM yg dibangunkan oleh pihak xda-developer namun hasilnya mendatangkan banyak masalah kepada X8 dimana selalu terjadi automatic reboot dan penggunaan bateri yang abnormal sehingga mencecah lebih 300% penggunaan bateri oleh Android 2.1. Oleh itu, saya telah menemui satu penyelesaian supaya X8 boleh berkongsi sambungan internet dengan laptop saya tanpa menaiktaraf kepada Android 2.2 iaitu dengan menggunakan perisian Connectify.
Ok ini sedikit video tentang connectify.
Perisian Connectify ini terdapat 2 jenis iaitu Lite version yang free dan Pro version yang berbayar. Bagi saya Lite version sudah memadai namun Pro version mempunyai function-function yang lebih banyak bagi tujuan pemantauan. Saya juga telah mencuba keberkesanan perisian ini pada peranti berasakan Symbian iaitu Nokia 5800XM dan tiada masalah ditemui.
** Jika ada sebarang pertanyaan sila tinggalkan komen. ;D

TAGS :
tpi en, nk tanya.. time ko guna connectify, driver wifi card ko ok x?? aku punye tros failed to function...-,-"
ReplyDelete