Ok kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua satu program yang amat cool untuk dipasang pada Ubuntu anda iaitu Ubuntu Tweak. Versi paling stabil setakat ini adalah 0.5.14. Berikut ialah laman web rasmi program tersebut: http://ubuntu-tweak.com



Malang sekali perisian ini tidak akan kita jumpai dalam Ubuntu Software Center tanpa menambah line ppa pada sources.list dalam Ubuntu anda. Oleh itu anda ada dua pilihan untuk memasang perisian ini ke dalam sistem anda iaitu melalui command line pada terminal atau menanmbah line secara manual dalam setting pada update manager. Walau bagaimanapun disebabkan terlampau malas, saya akan menunjukkan cara melalui command line pada terminal sahaja.

1. Buka satu terminal windows.
2. taipkan command berikut


sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install ubuntu-tweak


Memasang perisian Ubuntu Tweak ini dapat memudahkan kerja-kerja mengubah konfigurasi asas pada Ubuntu anda. Perisian ini juga bersaiz kecil dan tidak memerlukan masa yang lama untuk memuat turun.


** anda juga boleh memuat turun perisian dalam bentuk compressed tar ball dari laman web rasmi.