Terdapat banyak cara untuk memasang perisian-perisian yang dikhususkan untuk Microsoft Windows OS seperti menggunakan CodeWeaver CrossOver, Wine, Cedega dan PlayOnLinux. Walau bagaimanapun, untuk tutorial kali ini saya lebih suka menggunakan PlayOnLinux kerana ia telah akan membuat sendiri tweak-tweak yang diperlukan supaya perisian tersebut berjalan lancar.
Untuk proses memasang Microsoft Office Professional 2007, anda hendaklah menggunakan Wine versi 1.2.3 dan ke atas (PlayOnLinux akan update secara automatik versi Wine anda sekiranya versi Wine yang digunakan adalah 1.2.2 dan ke bawah). Perlu diingati bahawa MS Office Access, MS Office Groove, dan MS Office Outlook tidak akan berfungsi secara normal. Sekiranya anda ingin menggunakan Access, Groove atau Outlook sila install Microsoft Office 2003.
Kemudian anda akan dikehendaki untuk memilih direktori dimana anda menyimpan installer Office 2007, masukkan serial number dan tunggu hingga pemasangan selesai.
COMMENTS