Baru-baru ini saya telah membuang Ubuntu 11.10 dari laptop saya secara tidak sengaja. Pada mulanya saya memang berniat untuk membuang Ubuntu 11.10 yang boleh dikatakan terlalu tinggi penggunaan system resourcenya tetapi saya telah menangguhkan niat tersebut atas sebab saya belum puas melihat perubahan yang telah dilakukan keatasnya secara menyeluruh. Tetapi beberapa hari lepas saya telah membuka OS Microsoft Windows XP saya dan secara tidak sengaja telah ter-delete partition dimana saya install Ubuntu. Setelah menyedari kesilapan tersebut saya baru teringat bahawa saya tidak lagi menyimpan CD Installer Microsoft Windows XP tersebut.


Apabila partition Ubuntu telah dipadam, maka segala apa yang terdapat dalam partition tersebut akan hilang dan ini bermakna saya juga akan kehilangan GRUB Bootloader dan saya tidak akan boleh memasuki OS Windows saya pada sesi booting seterusnya sekiranya saya shutdown atau restart sesi kali ini. Untuk menyelesaikan masalah ini saya ada beberapa pilihan yang boleh dilakukan untuk membaiki Master Boot Record saya dan membolehkan saya boot semula ke dalam OS Windows saya iaitu dengan:




1. Gunakan CD Windows XP (jika anda install Windows Vista atau Windows 7, sila gunakan DVD installation Windows masing-masing). Pilih option Recovery Console, pilih direktori installation Windows anda(selalunya C:\Windows melainkan anda ada lebih dari satu OS Windows pada HDD), masukkan kata laluan Administrator, taipkan fixmbr dan kemudian fixboot. Untuk Windows 7 pula, pilih Repair Computer, dan masuk kedalam command prompt dan taipkan bootsect /fixmbr dan kemudian bootsect /fixboot dan restart komputer anda.




2. Gunakan LiveCD Ubuntu atau distro Linux lain untuk install semula GRUB atau apa-apa bootloader pada MBR supaya anda boleh masuk semula ke dalam OS Windows anda.


3. Gunakan perisian MbrFix.exe yang boleh memulihkan MBR anda. Perisian ini amat menarik kerana ia boleh memulihkan MBR tidak kira samada anda install Windows 98, Windows 2000, Windows 2003, Windows XP, Windows Vista atau Windows 7. Program ini juga amat mudah digunakan kerana ia didatangkan sekali dengan manual penggunaan dalam satu fail teks.



Untuk membaiki MBR menggunakan MbrFix, anda hendaklah copy dahulu MbrFix.exe atau MbrFix64.exe ke direktori C:\ dan buka Command Prompt dan jalankan kata arahan berikut (untuk Windows XP sahaja. Untuk Windows Vista dan Windows 7 sila rujuk manual yang didatangkan bersama atau rujuk DI SINI.)

C:\MbrFix /drive 0 fixmbr /yes



**Perisian ini amat mudah digunakan, bersaiz kurang dari 200Kb dan anda tidak perlu untuk memasukkan sebarang CD.