Salam semua. Hari ini saya amat berbesar hati kerana terjumpa sesuatu yang membanggakan untuk dikongsi dengan anda semua. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu lagi add-ons untuk firefox yang saya fikirkan wajib untuk dipasang ke dalam firefox anda segera terutamanya bagi mereka yang selalu membuat urusan perbankan melalui atas talian ataupun online. Add-ons yang dimaksudkan tidak lain dan tyidak bukan ialah DontPhishMe yang telah dibangunkan oleh MyCERT.





DontPhishMe adalah satu inisiatif dari MyCERT, CyberSecurity Malaysia, untuk memberikan mekanisme keselamatan dalam mencegah ancaman phishing perbankan online khusus bagi bank tempatan di Malaysia.

DontPhishMe adalah sebuah addon untuk Firefox yang memberitahu anda jika sesuatu laman web online banking yang anda lawati meminta maklumat peribadi atau kewangan dengan alasan palsu. Jenis serangan, yang dikenali sebagai phishing atau spoofing, menjadi lebih canggih, luas dan berbahaya. Itulah sebabnya mengapa penting untuk menyemak imbas secara selamat dengan DontPhishMe. DontPhishMe secaraautomatik akan memberi amaran kepada anda apabila anda mencari laman yang cuba untuk menipu anda untuk mendedahkan maklumat peribadi.





Berikut adalah antara laman web online banking yang disupport oleh add-ons ini dan lebih banyak lagi laman web yang akan di tambah dari masa ke masa.

* Maybank2u
* Cimbclicks
* Public Bank
* Bank Rakyat
* Bank Islam
* HSBC
* EON Bank
* UOB
* AMBank
* OCBC
* RHB
* Citibank
* Standard Chartered Bank
* Al Rajhi Bank
* Affin Bank
* Hong Leong Bank
* Alliance Bank

Anda berminat dan rasa teruja? Anda boleh dapatkan add-on ini di SINI. Saya juga telah memasang add-on ini dan masih lagi mengujinya secara peribadi kerana bagi saya yang bekerja dalam agensi kerajaan sememangnya amat memerlukan tahap sekuriti yang tinggi semasa melakukan transaksi atas talian.