Assalamualaikum n selamat pagi..dah pukul 2 nie..haha so kali nie aku nak kongsikan pulak macamana nak share internet connection dengan menggunakan command line interface (CLI) jadi cara nie agak leceh la jugak sebab korang kena hafal sikit. Cara nie pon aku jumpa masa borak2 dengan pakcik Google td..





1. Mula2 kita kena setkan wireless card tu dalam ad hoc mode dan sebelum tu kenalpasti dulu driver anda dengan menaip di terminal

iwconfig


2. Jika anda melihat interface bernama wlan0, wlan1, dll iwconfig akan berfungsi. Jika anda melihat nama-nama antara muka yang mirip dengan ath1 dan wifi0, maka command untuk madwifi yang patut anda digunakan.

3a. Untuk wireless card umum taipkan nie (jangan lupa untuk menukarkan nama wireless interface tu mengikut apa yang anda ada):
sudo iwconfig wlan0 mode ad-hoc


3b. Untuk wireless card yang menggunakan driver madwifi:

sudo wlanconfig ath1 destroy
sudo wlanconfig ath1 create wlandev wifi0 wlanmode adhoc






4. Sekarang berikan satu nama untuk ESSID. Contoh aku nak bagi nama kat ad hoc nie sebagai "bibornwifi":

sudo iwconfig wlan0 essid bibornwifi


5. Sekarang kita akan setkan key untuk ad hoc nie :

sudo iwconfig wlan0 key 1234567890


6. Sekarang setkan ip address:

sudo ifconfig wlan0 192.168.0.1


Ok untuk komputer yang lagi satu setkan je ip address dia dalam subnet yang sama. So katakanlah aku nak assign kat lagi satu tu sebagai 192.168.0.2. Ok sekarang kita dah selesai buat satu ad hoc punya network n sekarang kita nak enablekan internet connection sharing pulak.


7. So skrg taipkan nie dalam terminal (dimana ppp0 ialah internet connection yang nak kita share iaitu PPPoE):

sudo iptables -y nat -A POSTROUTING -o ppp0 -j MASQUERADE







8. Lepas tu enablekan ip forwarding:

sudo sh -c "echo 1 > /proc/sys/net/ipv4/ip_forward"

ATAU kalau nak enablekan secara kekal buka sysctl.conf (buka dengan menaipkan sudo gedit /etc/sysctl.conf) dan tambahkan line ini dibawah sekali dan savekan configuration file tersebut:

net.ipv4.ip_forward=1


9*optional*. Sesetengah ISP limitkan Time To Live dan anda xkan berjaya share internet. untuk membaikinya taipkan ini:

sudo iptables -t mangle -A PREROUTING -j TTL --ttl-inc 1


10. Sekarang untuk menggunakan internet bersama komputer lain, set ke mode ad-hoc dan tetapkan ip address dalam subnet yang sama seperti yang diterangkan di atas dan buat ni plak (yang nie run kat komputer yang nak meminjam internet tu):

sudo route add default gw 192.168.0.1


11. Setkan DNS Server kepada Google DNS:

sudo sh -c "echo 'nameserver 8.8.8.8' >> /etc/revolv.conf"


Untuk berkongsi dengan Windows senang saje just bukak Adapter Properties >> TCP/IPv4 >> obtain automatically dekat dua2 option. Connect n masukkan pass key.



** Tutorial nie dah aku edit sedikit sebanyak sebab mase aku pakai cara asal untuk buat x berjaya so aku ubah la bg berjaya. Kalau ade yang error wireless card buzy tu korang taipkan sudo airmon-ng stop wlan0 dulu n lpas tu start dari mula.

**Ada apa2 masalah sila tinggalkan pertanyaan di ruangan komen. = )