Assalamualaikum n salam sejahtera.
Kali nie kau akan tunjuk kan cara yang paling mudah untuk install Bitdefender ke dalam Ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Untuk installation ini anda semestinya memerlukan internet connection dan akaun email yang sah. Ini adalah penting supaya registration key yang didaftarkan dapat di hantar kepada anda untuk validation process dan sekali gus memberikan anda free license untuk mengunakan antivirus  Bitdfender ini secara persendirian dan bukan bagi tujuan komersial.


Mula2 sekali anda hendaklah pergi ke laman web Bitdefender untuk register akaun dan mendapatkan registration code tersebut bersama dengan link untuk memuat turun package Bitdefender dalam bentuk .deb.run.




Selepas anda klik pada butnag download, anda akan di-directkan kepada borang pendaftaran untuk mendapatkan free license key untuk satu tahun seperti dibawah. Sila pastikan anda menggunakan alamat email yang sah.

Selepas sahaja anda bersetuju dengan End User License Agreement email yang mengandungi registration code dan link untuk memuat turun package akan dihantar kepada anda dengan serta merta. Sila pilih package dengan extension .deb.run.


Setelah anda selesai memuat turun fail tersebut, jalankan arahan2 berikut dalam terminal anda secara satu persatu.



cd '/direktori/tempat/anda/letak/package/tersebut'

sudo sh  BitDefender-Antivirus-Scanner-7.6-4.linux-gcc4x.i586.deb.run



Selepas proses installation selesai anda dikehendaki memasukkan registration code yang telah dihantar kepada anda sebentar tadi dan update antivirus anda. Anda boleh meng-akses program tersebut di Menu >> System Tools >> Bitdefender atau sekiranya anda mengunakan unity, tekan key Super (yang ada logo MS Windows) dan taipkan Bitdefender.




** Sila update Bitdefender anda sekerap mungkin untuk perlindungan terbaik.