Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali aku nak memohon maaf kepada para pembaca kerana tidak membuat sebarang post semalam. Semalam aku terlalu sibuk dengan aktiviti research dan hari ni sehari suntuk aku menginstall Ubuntu 11.04 kedalam HDD. So sekarang nie aku pakai Linux Mint n Ubuntu la kiranya. Bukan ape saje je nak test best sgt ke unity nie? Sebab aku tukar kepada Linux mint pon sebab unity nie la yang membuatkan aku panas dengan Ubuntu time tuh.


So dalam 2 hari ni aku dah buat eksperimen dengan menggunakan 4 jenis antivirus yang tersedia untuk Ubuntu iaitu ClamAV, Avast, AVG, dan Bitdefender. Keempat-empat antivirus nie aku uji dengan aspek keberkesanan dan kesenangan menggunakannya. Jadi di sini aku ada sediakan sedikit rumusan dan komen aku untuk setiap antivirus tu supaya korang dapat membuat keputusan antivirus mana yang sesuai untuk korang.


1) ClamAV

ClamAV nie adalah satu antivirus yang sangat simple dan kesimple-an nye membuatkan aku rase pelik dan musykil. User interface yang sgt straight to te point dan database yang amat susah untuk di-update kepada sesiapa yang x reti nak update. Kira sapa yang baru gunakannya pasti akan cakap yang ini antivirus sampah. Aku telah mengujinya dengan scan ke beberapa folder yang mengandungi virus dan hasilnya, ia gagal untuk mengesan satu pon. Mmg btol2 sampah.




2) Avast

Nie antivirus kedua yang aku uji. Aku amat tertarik dengan UI Avast 6 untuk Windows dan mengharapkan yang Avast untuk Linux juga mempunyai UI yang boleh tahan. Malangnya UI Avast untuk Linux nie lagi teruk dari UI Avast 4.0 Home untuk Windows. Hinanya. Tapi orang kata rupa luaran tidak penting. Aku pon menggunakan Avast sekejap untuk testing2 n aku rasa Avast nie boleh tahan jugak dan nak update pon senang. Untuk maklumat lanjut tentang cara2 menginstall Avast nie boleh tgk kat video tutorial aku dalam salah satu post dalam blog nie.





3) AVG

AVG nie salah satu antivirus yang pelik gak sebab rupa2nya dia nie xde UI dan fully run mengunakan daemon n diperintahkan menggunaka CLI. Maknanya antivirus ini adalah lebih sesuai untuk digunakan oleh user yang dah biasa dengan commad line interface dan tidak kisah menggunakannya. Agak leceh kepada pengguna biasa dan tak menarik la sebab takde UI kan. Nak run kne pki command, nak update kne pki command, nak scan pon kne pki command. Virus datababase pon x berapa besar so tak taula database antivirus tu boleh dipercayai ke x..zzz..


SORRY AVG TAKDE SCREENSHOT SBB TAKDE UI


4) Bitdefender

Haa.. nie dia baru antivirus sejati. Bitdfender nie datang dengan free license ntuk satu tahun bagi registered user n nak register tu pon free je. Antara 4 4 AV nie UI Bitdefender la plg cantik (walaupin x cantik mana pon).tersangat la senang nak guna kerana memang simple dan padat. Virus database yang besar dan lebih complete. Aku cuba dengan scanning folder mengandungi virus dan semua berjaya dikesan. So aku rasa Bitdefender nie sesuai untuk aku.






** UI = User Interface
*** Walaupun antivirus tidak berapa perlu untuk pengguna linux yang umum tapi aku rasa aku perlukan antivirus nie supaya aku x bagi PC org lain yang terinstall Windows diserang virus. Kesian la kan kang pinjam2 pendrive kne virus lak.