Assalamualaikum n salam sejahtera (asyik2 ayat yang sama..zzz...).
Kali ni aku nak tunjukkan macam mana kita nak install sakis3g dalam Ubuntu 11.04. Sakis3g adalah program yang boleh membantu anda untuk mendapatkan sambungan internet menggunakan Mobile Broadband anda seperti Celcom Broadband, Maxis Broadband, Digi Broadband mahupun broadband lain.
Untuk install sakis3g adalah amat senang dan simple. Anda hanya perlukan sambungan internet dan jalankan perintah di Terminal seperti berikut.
sudo bash
apt-get install ppp
cd /usr/bin
wget 'http://www.sakis3g.org/versions/latest/sakis3g.gz'
echo "dda70fd95fb952dbb979af88790d3f6e sakis3g.gz" | md5sum -c
selepas command ini anda sepatutnya melihat --> sakis3g.gz: OK
gunzip sakis3g.gz
chmod +x sakis3g
sekarang anda telah berjaya memasang sakis3g pada ubuntu anda untuk memudahkan sambungan melalui mobile broadband.
untuk memastikan semuanya berjalan lancar sila taipkan sakis3g status dan sekiranya pemasangan berjaya dengan lancar anda akan melihat tertulis statusnya sebagai Not connected.
untuk menggunakan sakis3g, buka terminal dan taipkan sudo sakis3g. Sekiranya tiada GUI yang keluar anda boleh mencuba menaip sudo sakis3g SGUI="dialog" dan anda akan melihat UI untuk sakis3g.
** Untuk maklumat lanjut berkenaan sakis3g pergi SINI
COMMENTS