Salam kepada semua. Maaf sebab beberapa hari ini biborn sibuk dengan urusan dan biborn juga telah menghadiri kursus yang membuatkan biborn tiada masa yang sesuai untuk mengemas kini blog ini. Tapi anda jangan risau sebab biborn kini sudah kembali untuk memberi informasi berguna kepada anda semua.(biborn tau anda tak suka biborn membebel..zzz...).


Ok kali ini saya akan memberi sedikit pengenalan kepada VPN sebelum saya beralih kepada topik yang lebih mendalam iaitu membuat sambungan ke VPN menggunakan sistem operasi Ubuntu dan juga Microsoft Windows melalui software dan juga command line.





VPN tergolong dalam jenis Wide Area Network (WAN) dan selalunya dimiliki oleh sekumpulan orang atau organisasi seperti syarikat yang selalu melibatkan pengaksesan fail dan data dari jarak jauh. Apabila sesebuah syarikat mempunyai VPN sendiri, maka cawangan-cawangan syarikat tersebut dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah menggunakan IP address atau hostname yang telah diberikan oleh vpn server dan ini bermakna public ip address yang dibekalkan oleh Internet Service Provider (ISP) tidak akan digunakan. Contoh komunikasi yang selalu digunakan ialah perkongsian fail dan sebagainya. Contoh-contoh jenis VPN:
1.IPSec
2.PPTP
3.CIPE
4.OpenVPN

 VPN ini digunakan sebagai alternatif kepada talian suwa (leased line) yang harganya terlalu mahal sekiranya dibandingkan dengan VPN. Menggunakan VPN juga adalah satu langkah bijak kerana ia adalah selamat dan cepat disamping murah. Maksud saya selamat apabila menggunakan VPN adalah kerana data yang berjalan melalui VPN nie adalah encrypted dan hampir mustahil untuk dibaca oleh orang lain. Apabila berada dalam VPN, semua komputer (yang connected ke VPN tersebut) adalah dikira berada di dalam satu network atau tempat padahal mereka berada berjauhan dan dalam rangkaian berlainan.





Jadi saya rasa cukuplah setakat ini sahaja pengenalan kepada VPN ni dan sekiranya anda ada sebarang pertanyaan bolehlah tujukan kepada saya melalui ruangan komen